Kenapa Marketing Agensi Tak Sesuai Untuk Bisnes?

Conflict of Incentives…

 

Ini benda yang ramai business owner rasa, tapi jarang orang sebut terang-terang.


Masalah utama: bila agensi jual strategi + buat kerja execution sekali.

 

  • Klien nak bayar cukup-cukup untuk hasil.

  • Agensi pulak nak caj lebih dengan tambah kerja.

Dia bukan pasal etika. Banyak agensi jujur, skill bagus, memang boleh deliver.


Tapi ada conflict of incentives yang buat nasihat tu kadang tak neutral.

3 Realiti Yang Jarang Pemilik Perniagaan Sedar.

  1. Bisnes perlukan dua benda – strategi & pelaksanaan.

  2. Agensi yang buat kedua-dua kerja advisory dan execution akan ada kecenderungan nak push lebih banyak servis (sebab situ income dia).

  3. Kalau dia hanya mahir satu servis, dia akan recommend servis tu sahaja, walaupun bukan keutamaan untuk anda masa tu.

Akhirnya, owner terpaksa agak-agak bajet, harap yang dibuat tu masuk akal.

Apa Saya Buat Berbeza

Sejak 2025, saya pivot.


Saya tak jual servis execution. Saya jual advisory strategi sahaja.

  • Yuran tetap. Tak ada naik sebab kerja banyak, tak ada turun sebab kerja sikit.

  • Tugas saya: bagi direction, oversee execution, ukur hasil.

  • Income saya bukan dari “lebih kerja = lebih duit”, tapi dari ROI klien konsisten jangka panjang.

Kalau perlu implement, saya bantu pilih & setup orang yang betul. Klien deal terus dengan mereka.

Kalau esok saya tak ada, team tu masih jalan.

Bezanya dengan agensi = kalau anda stop, team agensi pun hilang sekali.

Saya juga banyak kerja dengan internal team klien – train, bagi guideline, align supaya semua jalan ikut satu strategi, bukan kerja silo.

Case Study: Retail SME

Ada satu bisnes retail yang saya handle – owner selalu frust sebab agensi dia asyik push buat FB Ads.


Setiap bulan tambah bajet, tambah campaign, tapi sales tak naik banyak.

 

Saya masuk, saya review dulu journey customer.
Masalah sebenar bukan ads.


Masalah dia tak ada sistem lead capture & tiada follow-up flow.


So walaupun ads jalan, prospect banyak bocor.

 

 

Kalau ikut agensi lama, solution dia mesti: 

 

 

“Tambah ads lagi.”


Sebab itu je servis dia.


Tapi solution sebenar adalah betulkan funnel belakang.

 

Saya guide team dia setup WhatsApp CRM + automasi follow-up.


Result: sales naik 30% dalam 2 bulan dengan bajet ads sama.


Agensi lama tak pernah cadang benda ni sebab bukan servis mereka.

Kenapa Saya Buat Cara Ni

  • Saya nak jadi partner, bukan supplier.

  • Saya memang kuat dalam strategy & oversight – so better saya fokus kat situ.

  • Banyak bisnes perlukan orang tengah yang neutral untuk bezakan mana nasihat betul, mana yang syok sendiri.

Kesimpulan

Model agensi tradisional ada “built-in conflict” – nasihat bercampur dengan kepentingan kewangan sendiri.


Saya pilih model advisory supaya nasihat saya 100% berpihak pada klien, bukan invoice.


Result saya diukur dengan satu benda je: ROI bisnes anda.

Scroll to Top